Wednesday, September 19, 2012

from: http://arabiyy.wordpress.com/page/4/

Hilang duit? Hilang dompet? Hilang RM10,000? Cuba usahakan dengan meminta dari Allah Yang Maha Berkuasa Lagi maha Mengetahui
1. Mula2 dirikan solat hajat,selepas salam baca dengan yakin:
YAA ALLAHU YAA SHAAHID( Ya Allah Yang Maha Melihat) sebanyak 100kali. Ya Hayyu ya Qayyum 100x
2. Baca surah ad-Dhuha 7 kali dan al-Fatihah sekali, selawat 20 kali,
Kemudian baca doa ini :
يا جامع الناس ليوم لا ريب فيه ، اجمع علي ضالّتي
” Ya Jaamia’an Naasi Li Yaumil Laa Raiba Fiih, Ijma’ ‘Alayya Dhoollatii (Ya ALLAH,Yang Mengumpulkan Manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya,kumpulkanlah apa2 yang hilang kepadaku semula”
3. baca Ya Aliyyu ya ‘Aziim, ya ‘Aliim ya Haliim
4. Istighar 1000x
InshaAllah, mujarrab, telah terbukti pada diri penulis sendiri, wassalam.

Wednesday, September 5, 2012

Implikasi sistem hidup limitkan anak


 Kali ni aku nak terangkan kenapa Islam suruh ramaikan umat atau dalam erti kata lain,buat anak banyak-banyak dari sudut Jepun. Berikut adalah graf populasi orang Jepun mengikut umur dan jantina.

sumber 2010


Masalah ini dipanggil 'Shoshika(Perubahan Kekurangan Anak) Mondai(Masalah)'. Beberapa punca masalah ini ialah peperangan(pengeboman Nagasaki dan Hiroshima), bencana alam seperti Tsunami tahun lepas dan masalah sosial orang Jepun iaitu tidak mahu kahwin dan tidak mahu buat anak.

Kenapa orang Jepun taknak kahwin? Kalau orang Malaysia nak kahwin sebab nak buat hubungan kelamin, orang Jepun tak perlu kahwin untuk buat benda tu,asal couple,semua jalan. Satu lagi sebab orang Jepun taknak kahwin ialah tidak mahu ambil tanggungjawab,taknak kongsi duit gaji dengan isteri,taknak bebanan anak,nak enjoy dan sebagainya.

Dan kenapa orang Jepun taknak anak? Sebab yuran universiti yang mahal,barang sekolah seperti beg budak sekolah yang mencecah RM1k,bayaran kelab-kelab dan sebagainya dan sememangnya hal ini membebankan mereka.

Maka berkuranglah populasi orang muda Jepun. Jepun mengamalkan sistem support iaitu gaji orang muda dipotong untuk diberikan kepada orang tua,begitulah kitarannya tapi bayangkan kalau tiada orang muda,macamana nak support orang tua? Kalau dulu satu orang muda support 1 orang tua,sekarang 1 orang muda kena support 2 orang tua(cukai bertambah).

Jepun ada banyak university dan university adalah satu perniagaan terutama bagi yang swasta tapi kalau tiada orang nak masuk university,siapa nak bayar fasiliti? Yuran pensyarah? Alamatnya,university lingkup,pensyarah kena cari kerja lain. Atau,university terpaksa rendahkan kriteria-kriteria untuk masuk university tersebut dan hasilnya adalah mereka yang tidak berkualiti.

Bagaimana pula dengan bidang2 lain seperti sukan,hiburan dan politik? Takkan nak biarkan ayam tua berlaga sampai matai?

Itulah akibat bila anak sikit dan nampak hikmah kenapa Islam suruh buat anak banyak-banyak?

Satu hikmah yang paling besar kenapa Islam suruh buat anak banyak-banyak;tanpa berperang, Islam akan takluk dunia ni. ^^



Sebab tu Islam da provide living style terbaik - cara keluarga, taxes, administration..

mesin fotostat  tp pakai manual galaxy SIII utk operate - mmg prob bro! kalo bukan sekarang pon, lain kali..

kredit to: http://cerahjeff.blogspot.com/2012/09/kenapa-perlu-buat-anak-banyak-banyak.html?spref=fb