Bismillah,
sedikit kerja copy paste dari Rausyanfikir, yg dirasakan perlu di renung utk diri (dah jadik MPP) ni n mane2 yg bace ah.. specely UTPianzzz
p/s: ku dapati idea nye menarik n agak mempgaruhi ku...
Life must be understood backwards, but ...it must be live forward" --- Soren Kierkegaard
Untuk mengerti makna kehidupan, kita harus merenungi dan memahami yang telah pergi. Bukan kerana kita bersikap nostalgik, tetapi sebagai batu asah kepada jalan kehidupan yang mendatang. Manusia yang kenal sejarahnya, akan kenal jati dirinya.
Begitu juga dengan mahasiswa. Jarang sekali golongan yang berpendidikan tinggi ini memikirkan konotasi "Maha + Siswa" tersebut. Saya masih tidak menemui entimologi kepada perkataan ini tetapi dengan melihat sejarah yang pernah ditinggalkan oleh batalion pejuang mahasiswa seperti Anwar Ibrahim dan Hishamuddin Rais, sudah cukup menggambarkan darjat sebenar golongan ini.
Fenomena mahasiswa sebagai tunjang kebangkitan rakyat bukan satu perkara yang asing. Revolusi May 1968 di Perancis, dan Kebangkitan Mahasiswa di Tianmen Square 1989 melambangkan kekuatan tersembunyi mereka dalam berhadapan dengan tekanan sosial yang mencengkam.
Mahasiswa zaman sekarang mewarisi bentuk perjuangan ini dalam pelbagai wajah. Yang paling tegar dari semua kalangan adalah golongan Islamis yang terdiri daripada ahli Gabungan Anak Muda Islam Semenanjung (Gamis), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan juga gerakan runcitan yang lain.
Sekilas pandang nampak perbezaan antara gerakan-gerakan tersebut tetapi jikalau dicari titik persamaannya kita dapat lihat bahawa tumbuhnya gerakan ini adalah tidak lain daripada pengaruh gerakan Pan-Islamisme di bawah tokoh seperti Muhammad Abduh dan al-Afghani.
Pendek kata mereka ini adalah reformis zaman moden.
Idealisme yang mereka bawa selalunya berlegar dengan slogan "al-Quran dan as-sunnah sebagai panduan hidup" tetapi lebih ditekankan sebagai cliche. Lebih kepada rupa (form) daripada isi (substance).
Ini yang menjadi masalah kepada gerakan mahasiswa Islamis yang bakal bertempur dengan musuh-musuh mereka di kampus masing-masing yang so-called Hedonis.
Betulkah musuh mereka itu Hedonis? Puak yang sukakan hiburan dan kesenangan hidup? Jikalau merekalah musuh kita maka sudahkah kita mengenalinya dari akar umbi?
Pada hemat saya, rata-rata pendokong dakwah yang akan bertanding kelak ini hanya mampu mengenali simptom penyakit dalam masyarakat kampus. Mereka lebih mengenali hedonisme yang dibawa oleh nyamuk-nyamuk kecil tetapi tidak kenal bagaimana dan dimana larva-larva hedonisme itu membiak.
Maka perebutan kuasa yang bakal berlaku ini seperti satu shadow boxing. Membelasah bayang-bayang tanpa mampu menumbuknya dengan satu das yang boleh memberi kesan yang memberansangkan.
Ini berlaku apabila mahasiswa itu sendiri telah lupa sejarah. Baik si Islamis dan sang hedonis.
Pertempuran yang berlaku di kampus ini bukanlah pertempuran melawan hedonisme tetapi menentang tamadun Barat itu sendiri. Mereka yang terkinja-kinja sewaktu konsert Hotlink itu hanyalah subjek yang sakit bukanlah penyakit itu sendiri.
Seharusnya perkara ini menyedarkan para pendakwah yang ingin memegang tampu kekuasaan kelak bahawa apa yang mereka sedang hadapi adalah satu ancaman yang serius dan perennial (berlangsung lama) sifatnya.
Apa yang banyak dilakukan kini ialah fire fighting. Kalau satu rumah terbakar maka berduyun-duyun kita simbah air. Kalau satu konsert dibuat baru kita nak hantar memorandum, berdemonstrasi.
Ancaman Tamadun Barat yang dimaksudkan ini, seperti kata failasuf Muslim tanah air, Prof. Syed Naquib al-Attas adalah ancaman yang datang sebagai satu program falsafah, yang masuk melalui pintu ilmu dan maklumat. Bukan semudah yang disangka seperti konsert. Malah korupsi minda mahasiswa bermula dalam dewan kuliah itu sendiri!
Realiti yang ada adalah para dai'e di kampus sangat lemah asas intelektual untuk mendepani cabaran Tamadun Barat ini. Nyamuk yang kecil disangka gajah. Hedonis disangka syaitan.
Bukan-bukan. Mereka adalah pesakit, bukan penyakit. Mereka harus dibimbing dan ditentang tidak pada pembawanya tetapi kepada apa yang dibawanya. Masalahnya, para pendakwah di kampus suka memukul rata golongan jenis ini. Berlakulah pergeseran yang tidak berasas. Maka pembaziran tenaga dan gerak kerja berlaku dengan meluas.
Disebabkan perjuangan ini berbentuk perennial maka kita harus mempunyai persediaan yang cukup dalam dan rapi. Setakat berslogan tidak mencukupi kerana tekanan hedonisme itu memuncak-muncak biarpun kampus duduk jauh di luar bandar. Kata kunci kepada masalah dan penyelesaiaan ini adalah ILMU.
Baik Islamis mahupun Hedonis, HEP mahupun pensyarah ilmu merupakan satu faktor kesatuan kepada permasalahan dan penyelesaiaannya.
Jikalau kita mampu membina satu budaya ilmu yang kuat, tidak mustahil pengaruh hedonimse akan tenggelam dalam ledakan intelektual di kampus. Masalah yang ada kini adalah budaya ilmu langsung tidak wujud! Biarpun Islamis memegang MPP di kampus tetapi pengislahan yang dibawa itu hanya dari segi bentuk bukan isi!
Kasihan. Terperangkap dalam lingkaran ganas kebiadapan Tamadun Barat.
Binalah satu kumpulan yang akan berusaha kepada budaya ilmu sama seperti yang pernah wujud zaman-berzaman dalam sejarah ketamadunan Islam. Kekuatan perjuangan Islam itu tidak terletak pada umara’ semata-mata tetapi yang lebih penting adalah ulama’. Bukankah ulama’ pewaris nabi?
Bukan sebarang ulama’. Bukan ulama’ dualis yang tidak faham masalah semasa ataupun yang mabuk kuasa politik tetapi ulama’ yang ikhlas meletakkan ilmu sebagai penyuluh kebenaran dalam apa jua keadaan!
Jadilah macam Imam al-Ghazali berdepan dengan musuh secara jantan yang intelek. Bukan dengan emosi menghukum manusia dan sesuatu perkara dengan mudah.
Bagi saya, biar kedua-dua pihak duduk dalam MPP. Cumanya sudah tentu biarlah yang Islamis pegang kuasa. Cuba saling memahami antara satu sama lain. Kalau dua-dua tak faham lagi, biar pendokong budaya ilmu tegur dari luar lingkaran kekuasaan.
Barulah ada kestabilan dalam kampus dan mampu merasionalkan perjuangan Islam yang dipandang tidak rasional oleh puak hedonis ini.
Lagipun bukan lama kita duduk di kampus. Keosakkan yang bakal mahasiswa lakukan setelah keluar dari kampus sebagai profesional yang terdidik dalam dewan kuliah melalui ilmu yang rosak lebih parah daripada sekelumit konsert Hotlink, dan semacam yang lain.
Bukankah golongan bijak pandai yang melakukan perang Iraq, genocide, lingkupkan Wall Street dan menjahanamkan sistem kehidupan manusia secara amnya?
Bukalah mata wahai pejuang mahasiswa sekalian. Perjuangan di kampus ini adalah runcitan perjuangan di luar. Rosaknya kampus kerana datangnya masalah dari luar.
Mari membumikan kembali perjuangan mahasiswa. Kenali sejarah akan kenalilah khazanah dan jati diri kita.
bukan coretan pena yg menari di pipi helaian kertas tapi coretan jari yg berlari di perut papan kekunci
Friday, October 31, 2008
Tuesday, October 14, 2008
SaLaM PerMuLaaN
SaLaM,
Kewujudan blog ini sekadar nak meluahkan isi hati yg terbuku..
Tapi, disebabkan mpp4all.wordpress ade prob, tpakse tukar blog peribadi kepade yg official..
So, combine peribadi n official = perificial
(meaning: expect rojak words, personal opinians, n update isu2 semase mgikut kadar ditentukan Tuhan ku)
MOga dipandang Allah sbagai amalan diterima, bukan sia2.. insyAllah..
Jejom..
Kewujudan blog ini sekadar nak meluahkan isi hati yg terbuku..
Tapi, disebabkan mpp4all.wordpress ade prob, tpakse tukar blog peribadi kepade yg official..
So, combine peribadi n official = perificial
(meaning: expect rojak words, personal opinians, n update isu2 semase mgikut kadar ditentukan Tuhan ku)
MOga dipandang Allah sbagai amalan diterima, bukan sia2.. insyAllah..
Jejom..
Subscribe to:
Posts (Atom)