1. Artikel : Ku punya gaya tersendiri meraikan cinta dan kawan
Seorang rakan ku (supi bukan nama sebenar) tiba-tiba berkata "Valentine dowh, Valentine! Nok aku tolong bli hadioh ko mung? haha.." Sambil membasuh cawan di sinki.
Aku tercengang. Diam. Otak aku yang layu ketika itu secara mendadak ligat memproses input. Maka aku output terhasil adalah :
- aku buat muka 'stone'
- pandangan aku tepat ke Supi,
- laju aku lontarkan persoalan " Nape mung eh? Mende rimau Valentine?"
Supi masih membilas cawannya, " Valentine la gilo! Sek guo mung ni, tobak eh..". dengan nada hampir tergelak.
" Mano aku taw, tok penah sambut eh, tok penah ado dale planner aku" . Aku mengacau air, alasan untuk aku terus di dapur, aku mahu berada dalam dialog itu. Sufi turut membuat air teh.
" Beli la bungo meroh ko awek mung, bungo kuning ko kawe tino mung hok mu rapat.. nate ni, wat2 tok tau.." Supi tergelak besar
Laju saja dia bab mengutuk. " romantik la skit bro.. say to your awek, i lap u vely much dowh.. haha.. oopss, tok ingat, mu xdok awek dok.. mung gay dok? ahahah, I'm Kema, i'm gay i'm ok"
Tanpa sempat aku mencelah, Supi menganas. hati aku berbara dalam tawa.
" Gay mung!". jawapan ringgas tanda malas.
" oo. Kiro meraikan cinta la ni.. " aku memulakan silat bahasa.
Supi diam, mimik muka nya menampakkan tanda setuju.. Supi tersengih girang.
" stakat tu jah romantik mung? dok rok chetong mu Supi.. haha"
Supi tergelak besar, " doh guane, acu kabo skit kat ku? mu bunyi ganah molek nah"
" Kalo mung meraikan cinta setiap 14 feb tiap2 tahun. Aku meraikan cinta setiap hari! Setiap hari utk aku adalah hari cinta. Setiap bisikan aku adalah ungkapan cinta , setiap hembusan nafas aku, aku meraikan cinta. Mazhab cinta aku adalah keikhlasan bukan Valentine DAy! Hadiah aku adalah kasih sayang bukan mawar meroh kuning biru kelabu.. Aku rindu awek aku tiap2 ari bukan setahun sekali. Kalo mung amik sehari raikan cinta, aku amik 365 hari raikan cinta."
"Oh nate, pedah molek.. haha" gelak Supi. Itulah housemate aku, Supi, aku cukup faham dengan hati budi dia, gelak itu tanda dia akui kekalahan.
Belom hilang gema ketawa Supi, aku menambah " Aku ado dua hari rayo jah, rayo poso nge rayo haji. xdok rayo lain doh. Allah wi duo butir ni jah.. Nok wat rayo Valentine ko, rayo gapo ko, xsoh jadi ore ah, jadi lembu.. Toke wi duo, panda2 nk wat tigo plok"
Pedas. Tapi ini cara kami, entah macam mana, tapi inilah cara kami. Memang berdarah hati, terbakar telinga mendengar, tapi kami faham, ni gaya kami. Supi masih tersengih sambil menghirup teh buatan sendiri.
Dah. itulah perasaan aku. dah terluah. Supi menzahirkan kerut dan tenungnya. ya, itu tanda die termenung. Kata-kata aku menghentak benak fikir Supi.
Apepun, aku mahu beredar. study plak. Perlahan aku menoleh membelakangi Supi.
" Sape awek mung ma?" terdengar suara Supi dari belakang.
Aku hanya mampu mengukir senyuman.
Dan aku tuliskan nama awek aku dengan bahasa lidah.
" Perjuangan!"