Tuesday, June 28, 2011

Gemuk = haram kat Jepun

266db8cbc3d7b9290ec5de14924136db d3900sk Di Jepun, Kegemukan Adalah Haram!

Jepun mungkin adalah satu-satunya negara yang meluluskan Undang-Undang anti-obesity atau anti-gemuk di dunia.


Undang – Undang yang disahkan tahun lalu tersebut melarang masyarakat Jepun untuk gemuk.


Bagi seorang lelaki dewasa, pinggang yang melebihi 33.5 inchi adalah gemuk. Bagi wanita dewasa, 35.4 inchi. (aik? perempuan lebih besar dari lelaki?)


Apabila anda melebihi had maksimum tersebut, maka anda harus ikut kaunseling dengan doktor, pergi ke gym, dan memakai pedometer sehingga berat anda setara atau dibawah batas maksimum.


Disamping itu, boss anda juga akan di denda kerana anda gemuk, kecuali boss tersebut membayar kos perbelanjaan gym anda


Alasan Undang – Undang ini adalah dengan semakin sedikit orang yang gemuk, maka semakin rendah biaya kesihatan yang dikeluarkan oleh negara tersebut.



source:
http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/di-jepun-kegemukan-adalah-haram/#axzz1QdVizmWc

Tuesday, June 21, 2011

Siri II: itu ini PRK UTP

Oleh : Hasmadi Hasbi

Ada Apa Dengan Pilihanraya Kampus (PRK) UTP?? Siri II

Ironinya, pada tahun 2007, ledakan kesedaran politik kampus UTP berada dalam keadan hibernasi apabila kedua-dua kerusi umum dan program dimenangi mudah tanpa pertandingan. Walaupun pada awalnya enam calon menghantar nama untuk beradu kerusi umum, namun pasca penamaan calon menyaksikan seorang daripada mereka telah di’MatJenin’kan kerana angan-angannya untuk bertanding dalam PRK pada tahun ini hanya tinggal angan-angan dek kerana pencalonannya ditolak. Ada yang menyifatkan kemenangan calon-calon dalam PRK pada tahun 2007 adalah kemenangan dalam kekalahan.

Pada tahun 2008, nampaknya, lena PRK UTP tersedar dari hibernasinya. Letusan supernova pengundi pada tahun 2005 nampaknya kembali lagi pada PRK kali ini. Sebelas (11) calon telah menamakan diri dan layak bertanding untuk merebut lima kerusi Majlis Tertinggi dan enam kerusi program dipertandingkan iaitu daripada program BIS, Kejuruteraan Petroleum dan Kejuruteraan Kimia, manakala enam kerusiprogram lagi menang tanpa bertanding iaitu daripada Kejuruteraan Awam, Elektrical dan Elektronik, Mekanikal dan ICT.

Kerencaman latarbelakang dan idelisme calon-calon memberi kesan Domino kepada bilangan keluar mengundi dan undian calon yang meningkat. Tempoh kempen juga menyaksikan beberapa insiden tegang seperti mengoyak poster dan banner calon lain, serta beberapa siri insiden provokasi antara calon. Atas beberapa kesilapan teknikal juga, SPR telah mengambil keputusan yang berat untuk memanjangkan tempoh kempen daripada satu minggu kepada dua minggu. Ini sudah tentu mencabar imuniti calon untuk mengekalkan momentum sokongan pengundi kepada mereka. Sudah tentu pencapaian PRK pada tahun ini sinonim dikaitkan dengan PRK pada tahun 2005 yang dilabel antara PRK UTP yang berjaya dengan kemenangan bergaya calon-calon yang bertanding.


Nuansa PRK UTP dibandingkan dari satu tahun dengan tahun yang lain menyajikan impresionistiknya yang tersendiri. StanzaPRK UTP masih lagi meneruskan perenggannya pada tahun 2009 , dengan pertandingan enam (6) penjuru merebut lima kerusi umum. Walaupun hanya kerusi umum yang menyaksikan pertandingan dengan enam penjuru, namun, kematangan calon-calon mencatur strategi untuk mencandu sokongan pengundi dilihat matang. Pelbagai sentimen dimainkan untuk mengekstasi pemikiran pengundi untuk menyokong para calon. Antara sentimen yang dimainkan adalah seperti sentimen batch, jantina, dan juga sentimen senior/junior dalam MPP. Ramai calon yang disifat Heavy Weight tampil dengan kekuatan, kredibiliti dan pengaruh masing-masing.

Wajah PRK pada tahun ini juga diserikan lagi dengan kehadiran seorang calon Non-Malay berbangsa India yang pertama sepanjang sejarah PRK UTP, yang akhirnya menyaksikan kemenangannya menduduki satu tempat dalam Majlis Tertinggi MPP UTP. Uslub kempen juga dilihat lebih sofistikated berbanding sebelum ini iaitu kempen yang menembusi gentian-gentian maya seperti Blog-blog, Facebook, Twitter dan lain-lain tanpa meninggalkan kaedah kempen yang konvesional seperti perang poster, banner dan kempen ke bilik-bilik.

Bersambung...

http://madi2mudamudi.blogspot.com/2011/06/ada-apa-dengan-pilihanraya-kampus-prk_19.html


Tuesday, June 14, 2011

PRK - itu dan ini

Oleh : Hasmadi Hasbi

Ada Apa Dengan Pilihanraya Kampus (PRK) UTP?

Menyingkap babak-babak Pilihanraya Kampus (PRK) UTP tahun-tahun sebelum ini, ianya tidak dapat lari dari mengalami pasang surut yang membadai padang politik kampus UTP. Acapkali kedengaran banyak pandangan dan cadangan daripada politikus dan pencinta politik kampus UTP seawal pra sehinggalah pasca PRK UTP. Ianya juga tidak dapat lari dari terus dikejar gosip-gosip, khabar-khabar angin, kritikan, pujian, kejian serta bermacam persepsi dan pandang sisi yang rencam dengan pendapat tersendiri. Dek kerana UTP mengamalkan sistem akademiknya yang unik, maka waqi’ (suasana) politik kampusnya sedikit unik berbanding kampus-kampus lain.


Jika diteliti perkembangan PRK UTP, bermula pada tahun 1997 yang menyaksikan PRK UTP yang pertama sehinggalah pada tahun 2003, proses penamaan calon akan berakhir dengan kemenangan mudah tanpa pertandingan.

Walaubagaimanapun, kehambaran PRK UTP yang kian sugul dari tahun ke tahun akhirnya berjaya dirobek menerusi PRK UTP pada tahun 2004 dengan penglibatan dua belas (12) orang yang menamakan diri sebagai calon untuk beradu merebut lima kerusi emas Majlis Tertinggi MPP UTP.


Setahun kemudian, pada tahun 2005, nampaknya, darjah kehangatan PRK UTP terus menyengat dengan penampilan sengit di antara calon yang bertanding. Dek kerana masalah teknikal di pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) UTP, akhirul kalam hanya enam (6) orang calon sahaja yang berjaya melepaskan diri untuk saringan pertama iaitu tapisan penamaan calon untuk melayakkan mereka bertanding dalam PRK UTP. Ternyata, suasana PRK UTP pada tahun itu disifatkan havoc dengan perang poster yang menghujani kampus. Jarum meter kesedaran politik kampus pada tahun ini dikira pada tahap klimaks.

Episod-episod cemas PRK tahun 2004 dan 2005 nampaknya meneruskan legasinya pada tahun 2006 dengan penglibatan sembilan (9) calon untuk merebut sekali lagi lima kerusi keramat dalam Majlis Tertinggi MPP UTP yang telah dibubarkan. Menelusuri kronologi PRK pada tahun itu, diamati kurang menonjolkan detik-detik suspenswalaupun agak menarik untuk diperhati dan diamati pertembungan antara calon veteran (bekas) MPP dan juga calon-calon muda yang dilihat kurang berpengalaman dalam aktiviti-aktiviti kampus. Kehambaran juga sedikit terasa dek kerana pembawaan calon-calon yang lahir dari spesies yang low profile. Skema keputusan pengundian seolah-olah bocor kerana, jangkaan dapat dibuat dengan tepat siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pemenang untuk mengisi lima kerusi Majlis Tertinggi MPP UTP yang menjadi igauan setiap calon yang bertanding, hatta seawal penamaan calon lagi walaupun tempoh berkempen belum berakhir. Solute perlu diberikan kerana ada pihak yang berkempen bagai nak rak untuk menarik perhatian masyarakat kampus.


Bersambung...



Sumber : http://madi2mudamudi.blogspot.com/2011/06/ada-apa-dengan-pilihanraya-kampus-prk.html