Friday, January 20, 2012

Tersurat dan tersirat

http://milosuam.blogspot.com/2012/01/sheikh-yusof-al-qaradhawi-ucap-tahniah.html

LAMAN web rasmi Presiden Kesatuan Ulama Dunia, Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyiarkan ucapan tahniah daripada Ulama kotemporari terkenal dunia Islam itu kepada Anwar Ibrahim berhubung pembebasannya terhadap tuduhan liwat baru-baru ini.

Ulama yang menjadi rujukan dan begitu dihormati oleh dunia Islam itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web itu menyampaikan mesej tahniah kepada Anwar Ibrahim yang juga bekas Presiden Parti Keadilan Rakyat.

"Kami kirimkan kepada anda hati yang dipenuhi dengan kegembiraan, mulut yang tersenyum kerana telah ditunjukkan oleh Allah bahawa anda tidak bersalah melalui kuasa mahkamah, dan kerana Allah bersama anda disertai kasih dan hormat dari rakyat"

(diterjemah dari google translate).




Seperti biasa, media propaganda seperti Utusan, tidak akan menyiarkan berita ini, sebaliknya hari ini Utusan menyiarkan berita kononnya Gay Philipina gembira dengan pembebasan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat.




Utusan seperti biasa akan terus mencari jalan untuk memburukkan Anwar Ibrahim, mereka akan terus memperbodohkan orang kampung, ayam itek lembu dan kambeng.



ReJaM© "Presiden Ulama Dunia pun sokong Anwar ada lagi yang masih sokong Saiful..."


i like ReJaM last Word: ulama muktabar da kate gitu, kita yg x brapa pandai ni dgar la

Monday, January 9, 2012

Sempoi yg di cari

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.


Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing
basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.


Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki
ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.


Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?


Peramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali
dalam sehari.


Ulamak: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari



Typically: org akan jawab dgn berleter/tazkirah/kuliah free xpasal2.. but dis is ooosem


Sebab tu skang ni fenomena utz azhar --> coz he answers questions in a way different manner


ex:



see his style? haha


when people ask u somthing, will u answer in wat manner?