Thursday, March 12, 2009

Pendirian MPPUTP mengenai PPSMI

Pihak MPPUTP sebulat suara menentang PPSMI atas sebab2 konkrit lagi relevan. kenyataan rasmi bagi pihak MPPUTP telah di 'publish' kan oleh Exco 1 Academic and Career, saudara Awangku Alizul Azahari b Awangku Matali.

Disediakan oleh,

Awangku Alizul Azahari bin Awangku Matali,

Exco I, Academic and Career,

Student Representative Council, Universiti Teknologi PETRONAS (SRCUTP)

Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Teknologi PETRONAS (MPPUTP)

 

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) merupakan salah satu dasar yang berkaitan dengan sistem pendidikan Malaysia yang telah dilaksaan beberapa tahun lepas di semua sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh Malaysia.

“PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002.

Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.”

Dipetik dari Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI), portal rasmi kementerian pelajaran Malaysia

http://apps2.emoe.gov.my/tayang.php?laman=ppsmi&unit=guru&bhs=my

Dunia hari ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemajuan teknologi moden yang meletakkan bahasa inggeris sebagai bahasa utama dunia serta bahasa kemodenan. Bagi meletakkan Malaysia sejajar dengan arus teknologi moden, kerajaan telah meletakkan objektif pelaksanaan dasar PPSMI iaitu untuk memastikan generasi muda mampu untuk menguasai sains dan matematik disamping dapat meningkatkan penguasaan bahasa inggeris di kalangan generasi muda.

Selain itu, keprihatinan terhadap taraf sumber tenaga manusia di Malaysia agar seiring dengan taraf negara maju serta persediaan pelajar bagi menempuh dan bersaing dalam era globalisasi telah diletakkan sebagai rasionalnya pelaksaan dasar PPSMI oleh kerajaan.
Sudah tentu pihak kerajaan atau pihak-pihak terbabit ingin melihat generasi muda hari ini yang telah mengikuti dasar PPSMI berjaya dengan cemerlang dalam bidang sains dan matematik, sekaligus mampu menguasai bahasa inggeris bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berdaya saing.  Dalam keadaan sistem pengajaran dan pembelajaran sekarang, ditambah pula dengan pelaksanaan dasar PPSMI, sepatutnya generasi muda pada hari ini amat mahir dan sangat menguasai bahasa inggeris. Dikatakan amat mahir dan sangat menguasai bahasa inggeris adalah kerana generasi muda hari ini, majoritinya telah terdedah dengan bahasa inggeris sejak dari tadika sehinggalah ke sekolah menengah. Seperti yang disebutkan sebentar tadi, ditambah pula dengan pelaksanaan dasar PPSMI. Tidak ada alasan yang mengatakan pelajar tidak mahir atau pun belum lagi menguasai bahasa inggeris.  Sekiranya pelajar masih tergagap-gagap ketika disuruh berpidato dalam bahasa inggeris, atau disuruh untuk mengulas apa yang terkandung dalam subjek sains dalam bahasa inggeris, ini bermakna sistem pengajaran yang sedang diguna pakai sekarang adalah tidak berkesan.

Adakah kesan-kesan pelaksanaan dasar PPSMI hanya boleh diukur melalui keputusan peperiksaan semata-mata? Adakah pelajar betul-betul memahami sains dan matematik yang telah diajarkan waima menguasai bahasa inggeris dengan begitu sempurna tanpa ada sebarang kecacatan dari segi tatabahasanya? Dari pihak Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi PETRONAS (MMPUTP) sendiri, kami  tidak bersetuju dengan pelaksanaan PPSMI kerana:

1.       Sistem pengajaran bahasa inggeris di sekolah-sekolah perlulah diperkukuhkan terlebih dahulu supaya pelajar dapat menguasai bahasa inggeris sepenuhnya

2.       Kerajaan hendaklah memperkasakan budaya “dahagakan ilmu”, bukannya melambakkan program-program atau rancangan-rancangan yang kurang bermanfaat. Dapat kita lihat pada hari ini, semakin banyak masalah sosial yang berlaku dikalangan remaja, akibat dari pengaruh kotor barat, yang datangnya dari media-media tanpa ada sekatan yang khusus lagi menyeluruh mengikut lunas-lunas Islam dan adat ketimuran.

3.       Telah terbukti bahawa bahasa Negara maju (dalam hal ini adalah bahasa inggeris) tidak menjadikan sesebuah Negara tersebut semakin maju, sebagai contoh di negara bekas jajahan British di Afrika, malah di dalam keadaan mundur dan miskin walaupun bahasa negara termaju digunakan.

4.       Telah ditulis dalam catatan sejarah bahawa bahasa melayu pernah menjadi bahasa pengantar utama atau dikenali sebagai lingua franca.

5.       Sesuatu ilmu itu lenih mudah difahami dengan menggunakan bahasa pertama berbanding dengan bahasa kedua (rujuk jawapan-jawapan yang diberikan oleh Prof. Emeritus Abu Bakar Abd. Hamid, salah seorang ahli Kumpulan Prihatin, http://mahasiswakini.com/archives/2254 )

6.       Kebanyakan generasi muda pada hari ini kurang atau tidak mampu untuk menulis atau membaca tulisan jawi dengan betul akibat daripada penggunaan tulisan jawi yang telah dimansuhkan satu ketika dahulu. Sekiranya PPSMI ini berterusan, maka tidak menjadi sesuatu yang pelik, sekiranya generasi muda pada 50 tahun akan datang, tidak mampu atau merangkak-rangkak dalam membaca di dalam bahasa melayu.

 

Setelah kukuhnya penguasaan bahasa inggeris, ditambah dengan sikap dahagakan ilmu, ketika itulah, generasi muda dapat meluaskan lagi ilmu pengetahuan di dalam bidang sains dan matematik khususnya seterusnya mampu memacu masa depan Malaysia supaya mencapai taraf Negara maju setaraf dengan negara maju yang lain dalam bidang sains dan teknologi, tidak kiralah pelajar yang berada di bandar atau di luar bandar. Tiada sebarang halangan mahupun bantahan terhadap usaha untuk melahirkan masyarakat pelajar yang mampu menguasai bahasa inggeris, namun hendaklah kena dengan caranya. Dengan ini, MPPUTPmenyeru agar seluruh mahasiswa UTP dan mahasiswa Malaysia yang ingin melihat Malaysia berada setaraf dengan negara maju yang lain bersama-sama menggesa agar dasar PPSMI dimansuhkan dengan segera.

Sekali lagi, MPPTUP menegaskan agar pelaksanaan dasar PPSMI dimansuhkan dengan serta merta bagi kebaikan generasi muda Malaysia dimasa depan khususnya dan kecemerlangan Malaysia secara amnya.

“Mahasiswa bersama memacu kejayaan negara, generasi muda pemimpin masa depan negara”

No comments: