Dengan NAMA ALLAH saya mulakan pena
Perkongsian khas untuk Ikhwah ANSAR yg dikasihi.
---------------------------------------------------------
Perkongsian khas untuk Ikhwah ANSAR yg dikasihi.
------------------------------
HIMPUN berjaya kumpul plh ramai 5000 yg hadir, ikut Berita Harian Online, TheStar, TheSun, banyak bloggers dan yg pergi. Stadium blh muat 82k, tetapi tingkat atas stadium totally kosong. Kawasan bertentangan stage kosong, yg ada hanya di sebelah kiri kanan penceramah. Persediaan PA System utk capacity 100k. PA System di bawa dari luar, x mampu gunakan PAS System stadium yg dah dirosakkan oleh UMNO tahun 2005 dulu.
Bagi saya yg sungguh rapat dgn Stadium Shah Alam, malah diamanahkan utk melakukan pelbagai audit dalaman stadium Shah Alam, saya lebih suka menggunakan jumlah 3-4k setelah bertanya kepada pakar stadium Shah Alam sendiri. Semua fakta gambar & video dari awal program hingga akhir akur dengan jumlah maksimum 4k itu.
Ya jumlah tidak penting, yang penting kehadiran. Saya ikuti penuh teliti isu HIMPUN sejak dari awal idea HIMPUN, hinggalah semua ucapan semalam. Saya bercakap sejak dari awal dgn pelbagai sahabat2 jama'ah dan sahabat yg menjayakan HIMPUN apa yang saya risaukan. Ramai bersetuju, namun ada yg berkeras. Itu biasa.
Saya simpulkan HIMPUN ianya GAGAL. Saya mohon maaf pada ikhwah. Saya mohon maaf atas kesimpulan saya, malah saya memohon maghfirah Allah jika saya tersalah menilai.
Pandangan saya blh sahaja dibantah oleh sesiapa yg ada pandangan lain, saya tidak kisah. Jika ada kesempatan saya mahu berbincangan lebih jauh dan ilmiah, berfakta.
Lebih dari itu saya melihat HIMPUN telah menimbulkan satu persepsi yang buruk pula terhadap kegagalan berhimpun tersebut di kacamata musuh Islam. Ada yg bertepuk, ada yg suka kononnya Ummat Islam pun masih terus gagal bersatu.
Itu satu FITNAH hasil dari HIMPUN.
Antara punca HIMPUN GAGAL;
(1) HIMPUN bertitik tolak dari satu perkara yg tidak benar. Isu Kalimah Allah, isu tukar M'sia kepada negara Kristian, isu serbuan JAIS di DUMC dikatakan dijadikan pencetus HIMPUN, dan mereka menjadikan rujukan pada media fasiq yg salah dan membawakan berita jahat sebagai rujukan. Seluruh berita dan fakta salah dijadikan rujukan HIMPUN, sepanjang hari. Ucapan tanpa fakta Harussani dan ZulNordin di ulang tayang dlm berkempen.
(2) HIMPUN bergerak atas semangat, menafikan fakta. Ramai penceramah berkata HIMPUN satu-satunya kumpulan manusia seramainya selepas isu Natrah, dan HIMPUN tiada kaitan politk. Mereka nafikan 23/7/2006 telah berlaku satu perhimpunan puluhan ribu (walau x sebut sejuta seperti semalam) ummat Islam di Masjid Wilayah yg dilakukan oleh puluhan NGO yg benar-benar atas nama NGO & pertubuhan.
(3) Selepas perhimpunan 2006 yg langsung tidak diendahkan oleh kerajaan dan UMNO, malah semua NGO utama HIMPUN semalam tidak pernah sesekali terlibat; ISMA, PEKIDA, PERKASA, malam UMNO. Selepas 2006, UMNO mengutuk penuh perhimpunan itu dengan kata itu program pembangkang walau tidak ada seorang pun wakil pembangkang berucap ketika pgm 2006 itu. Semua resolusi perhimpunan 2006 dibakul sampahkan oleh kerajaan, orang bukan Islam gembira bertepuk tangan sebab UMNO membela mereka.
(4) PEMBELA ditubuhkan 12/7/2206, saya diamanahkan dalam AJK PEMBELA bukan atas nama parti, dan bersama dgn NGO lain utk menyuarakan kebimbangan dan kebersamaan dlm perkara aqidah. Resolusi dibuat utk ada perubahan oleh kerajaan khasnya yg sa pemegang kuasa.
(5) NGO2 yg tidak bersama tersebut, atau yg tidak mahu bersamaa dgn PEMBELA termasuk ISMA, PEKIDA PERKASA dan ramai figure UMNO lain; Abu Shah, Ayahanda Samseng Pekida, Zul Nordin, Ezam, Ibrahim Ali dan lain2 bercakap lantang kempen utk HIMPUN dan berkata mereka adalah juara aqidah ummat, dan menyalahkan siapa2 lain yang tidak bersama. Kalau lah semua NGO yg dikatakan 3000 itu hadir, tidak akan berlaku spr semalam.
(6) NGO2 yg terlibat semalam bercakap isu Melayu lebih dari isu Islam. Itu kegagalan plg utama. Mereka tetap pegang jaga Melayu, Islam terpelihara. Segala amaran TGNA bahawa perjuangan bertitik tolak dari bangsa adalah satu yg pasti gagal utk memelihara Islam dipandang kecil. Benda yg sama diulang-ulang oleh mereka semalam, termasuk oleh ISMA dgn bersungguh sekali.
(7) Agenda tersebunyi. Walau sensitif isu ini; ISMA sebagai the only jamaah Islam yg terlibat dlm HIMPUN secara rasmi mempunyai agenda tersendiri utk berkempen kepada ISMA. Semua tahu ISMA bercakap pada nada Melayu yg sama lantang seperti PEKIDA, PERKASA, PROWARIS, PEWARIS dan UMNO, ZulNordin, Ezam, Ibrahim Ali, geng kepa lembu Shah Alam etc. Banner ISMA adalah banner paling besar di stadium, dan ikhwah ramai yg tidak pernah melihat banner sebesar alam itu. Melayu Sepakat Islam Berdaulat, berkempen utk sesuatu agenda.
(8) Pengolahan agenda yg disembunyikan. Ramai tertanya siapa yg berucap; namun dirahsiakan sejak awal. Agenda asal utk ucapan ZulNordin dan Ibrahim Ali diubah, walau tetap gagal memberikan keyakinan semula. ISMA dan kumpulan extremist Melayu lain berterusan menggunakan ucapan ZulNordin sebagai rujukan isu murtad. Masya Allah! Ketua Wanita ISMA berterusan menggunakan kenyataan perkauman dan jahat ZulNordin dalam promo HIMPUN di Adelaide & Melbourne, malah di website.
(9) ISMA merayu sokongan IKRAM, HALUAN, ABIM dan PAS. Ini fakta; IKRAM, HALUAN, ABIM dan PAS tidak bersama; walau dlm website HIMPUN cuba diwar-warkan jamaah ISLAM tersebut terlibat dlm HIMPUN. Ketidaklibatan mereka sebagai pertubuhan bukan sebagai individu. Dalam ertikata lain; hanya ISMA sahaja yg bergerak bersendirian atas pilihan jama'ah mereka, bersama dengan kumpulan extremist Melayu yg lain. Itu pilihan dan itu agenda tersendiri mereka.
(10) ISMA mahu bersungguh2 agar IKRAM, ABIM & PAS berada bersama mereka dlm HIMPUN, merayu di sana-sini dan marah dgn apa jua kenyataan yg tidak bersetuju dgn HIMPUN. Yang plg pasti, dalam pengolahan semua agenda, objektif dan fakta2 lain beraitan HIMPUN, kesemua nama jama'ah Islam di atas tidak dilibatkan secara rasmi dan bersungguh, sedangkan ISMA tahu itulah antara tunggak gerakan dakwah Islam yang mendominisi di M'sia. Bagi mereka yg prihatin dan faham, perkara ini difahami dgn mudah apa agenda sebenar yg tidak perlu dinyatakan secara umum di sini.
(11) ISMA cuba menyalahkan ijtihad berdasarkan syura PAS utk tidak terlibat, sedangkan ISMA begitu tahu stand rasmi PAS dalam perkara murtad dan sebagainya yg menjadi cetusan kepada idea HIMPUN tersebut. Kalau penganjur HIMPUN mengambil kira persetujuan PAS dalam isu perhimpunan 2006, bermaksud tidak akan timbul isu PAS tidak terlibat. Kenyataan sahabat saya beberapa minit tadi "kalau berani bermain dgn api, mesti bersedia kalau terbakar..." Wallahu'alam.
(12) Dalam Press Conference terakhir HIMPUN; Yusri dgn jelas menyatakan "HIMPUN masih BELUM PASTI" apa tindakan yg hendak dilakukan selepas berHIMPUN semalam. Wartawan yg bertanya mengulangi soalan itu disebabkan masyarakat tertanya-tanya utk apa behimpun jika ada kuasa yg boleh merubah? Jawapan itu tidak diberikan hingga saat ini, tidak pun dinyatakan dgn jelas "what next" utk HIMPUN. Itu kegagalan plg utama.
(13) Saya sempat ikuti tulisan blog, FB, tweet etc... masing2 bertanya, apa yg hendak dicapai selepas HIMPUN walau program cuba dibangkitkan dgn penuh semangta oleh penganjur dgn slogan, ucapan takbir, air mata, jetian dan sebagianya. Tidak ada satu pun yg meminta dlm resolusi utk undang2 Akta Murtad yang sudah 3 kali di bawa oleh pembangkang, TG Haji HAdi dan Salahuddin Ayyub, tetapi ditolak mentah2 oleh UMNO dan Perdana Menteri utk dinilai semula.
(14) Penting; terakhir yg mahu saya kongsikan; Ummat Islam ada 2 kekuatan utama, aqidah dan ukhuwwah. Pada masa ini kekuatan aqidah sudah menjadi kulit bawang, dan kekuatan ukhuwwah rosak disebabkan perkauman & extremist. Tidak ada apa yg tinggal pada kita dengan hilangnya kedua itu. Kita pula diajak oleh HIMPUN untuk terus memandang ke luar kotak kepada Kristianiasasi; Kristian, Yahudi atau Hindu antara agama yg melaksanakan ajaran agama mereka utk berdakwah & menarik manusia ke agama mereka. Kita tidak buat dakwah, malah kita berbangga dgn perlembagaan & Raja yg sgt rosak diharap menjaga aqidah kita. Kita langsung tak kisah sebab utama murtad dan Kristianisasi yg diperakui oleh semua ulamak dunia; iaitu seranganSECULARISME yg memisahkan Islam dari kehidupan. PAS minta HIMPUN tekankan isu dalaman bukan luaran semata (Kristianisasi), tapi HIMPUN menolak dan HIMPUN lebih mahu menonjolkan kekuatan Islam dengan seolahnya mahu menunjukkan kekuatan jumlah sejuta atau 100k yg hadirpada semalam itu kepada non-Muslims. Berlakulah ucapan perkauman dan beramaran oleh ramai yg berucap, termasuk amaran oleh Pengerusi sendiri yg berapi-api melihat ke luar.
Apa natijah terhadap pembinaan kekuatan dalaman ummat Islam di Malaysia?
Ikhwah;
Tulisan sahabat2 dan adik ISMA yg sangat rapat dengan saya sama ada di Malaysia atau di sini; dan beberapa individu yg pergi atas kapaciti peribadi menyatakan kesal dengan PAS. Saya melihat ramai yg pergi dgn wajah yg begitu ikhlas, dan bersungguh mahukan perubahan. Bersungguh (dan agak naif) kadangkal dalam mengharapkan perubahan dan sokongan kerajaan dan pihak berkuasa.
Tapi apa yang salah adalah organiasasi penganjur utama yang cuba mengarahkan kemarahan dan keikhlasan masyarakat tersebut untuk menjuaran suatu isu yg ramai tidak bersetuju. Dan satu lagi, agenda tersebunyi pengajur tertentu yg blh saya syarahkan dalam tulisan lain. Itu yg bahaya dan salah.
Tahun 2011 tidak sama dengan tahun 2006 atau tahun 1952 ketika isu Nathrah. Fakta dan maklumat berada dihujung jari manusia, Islam dan bukan Islam. Menusia sekarang begitu bijak menilai, dan masyarakat sekarang sudah tidak sukar pemikiran mereka di jadikan ta'asub kepada satu-satu dokrin yg dibawa (sila fahami erti 'asobiyyah / ta'sub yg sebenar dlm hadith nabi).
Hasil dari HIMPUN, Ummat Islam kena begitu insaf; apakah sebab untuk Ummat Islam mesti bersatu, dan yg keduanya; apakah faktor yang mewajibkan Ummat Islam untuk bersatu? Kena jawab betul-betul dengan objektif bukan secara umum tanpa hakikat sebenar. Ini sangat penting.
Ucapan atau apa jua ungkapan atau kempen untuk bersatu semata atas nama Melayu Islam, sedangkan Ummat Melayu Islam sendiri tidak mahu berubah atau dinafikan dari proses perubahan oleh apa jua pihak; maka PAS akan berterusanlah meneruskan 'amal dakwah & tarbiyyah jama'ah ini utk semua manusia terutamanya kepada saudara-mara kita sahabat di dalam UMNO. Itu sasaran utama 'amal Islam kita.
Akhir sekali;
Jadi ikhwah & sahabat semua, kerja antum & kita yg menulis dan membaca ini masih sgt byk menanti. Bukan mudah. Nak ber'amal dgn kerja Islami, nak selesaikan amanah khusus belajar dan mencari nafkah hidup serta yg paling mencabar dan berat ujiannya utk memastikan diri kita terus istiqam buat kerja Islam selama ada nafaz ini.
Susah tapi kita tiada pilihan. Kalau bukan kita siapa lagi...
Wallahu'alam.
Astaghfirullah Al'Adzim.
Astaghfirullah Al'Adzim.
Suasana ketika ucapan utama
Padangan dari main stage VIP
Nasyid yg terpaksa habis lewat keran tiada hadirin
Permulaan ucapan, hanya inilah sahaja hadirin di pentas utama ketika bermula
Main stage VIP
Wajah2 hadirin yg ikhlas.
Kilauan bendera Samseng PEKIDA di sana-sini
Nasyid, lagu2 jihad di awal program menantikan kehadiran
Setting up PA System seluruh staium konsep circular surround system utk capacity 100k
Adik2 ISMA & PEMBINA dari kampus yg hadir dgn penuh semangta dan ikhlas
Banner Melayu Sepakat… Ada suatu yg hendak dinyatakan atas banner itu…
RELA, agensi kerajaan persekutuan selain polis dan lain2 yg diturunkan dlm jumlah yg ramai utk membantu program.
Ustaz ini jual buku, dan berceramah panjang tanpa serious dan tidak menjelaskan isu Kristianiasasi yg diminta utk beliau terangkan, byk nada bergurau walau isu aqidah adalah serious.
i cant agree more.. moga bermanfaat bagi mereka yg betul2 inginkan kebenaran dan selamtkan aqidah..
taken from http://tgkuazri.blogspot.com
No comments:
Post a Comment