Lokasi: food court, di kaunter bayaran,
Spesimen: Cashier, cantik muda remaja, ala nora danish tapi tinggi sikit, macam felixia tapi rendah sikit.
Hari isnin: lunch
Tema: tshirt putih round collar, jaket korea slim fit, jeans hampir rabak, wangian axe.
Aku perasan rambutnya biasa diikat tocang, hari ni dibiar lurus ke sebelah kiri. ayu menggoda.
"Cantik rambut arini " puji ku ikhlas.
senyum dia. manis pulak dengan lesung pipit. matanya tersipu malu, gembira pun ada.
[hatinya berbunga]
..............................................................................................................................................................
Hari Jumaat: lunch
Tema: Kopiah, Baju Melayu, Seluar slack, kain ridda di bahu kanan, wangian minyak atar
Aku perasan rambutnya diwarnakan sedikit merah dan perang. tersusun cantik dibahu kanannya.
"Cantik rambut arini" puji ku ikhlas.
Tetiba ku dibalas dengan mata bulat merenung, kening terangkat, mulut sedikit terbuka, pergerakannya terhenti.
"Apa? tak ada kerja lain. nak perli je reti. nyibok je. ingat aku tak nak pakai tudung? aku da beli taw, nak start pakai bulan puase ni. ape kau peduli!"
[hatinya membara]
axe effect! pfftt..
No comments:
Post a Comment