Tuesday, September 23, 2014

keropok kasih sayang

makan di kedai, lepak orang muda. semua bujang. ada bujang 4 ada bujang 3.

tetibe, tampil makcik, muka penuh simpati, menjual keropok.

tak byk bicara, beli je. rm10 je pun. setidak tidak nya dia tak minta sedekah, usaha jual keropok.

A: ko makan ke keropok tu?

Aku: tak pon, xsempat nak gorreng.

A: Kalau sempat pon pemalas. pfft

Aku: taw pon

A: habis tu nape beli?

Aku: syukur lah Allah lontar rasa kasih dan sayang, maka tercetus rasa simpati pada makcik tadi. tu pasal aku beli.

A: em em (angguk2, pejam mata, senyum separuh, sumbat rokok ke mulut)

kalau bunyi nada tazkirah skit, mula la diam tak minat ambik port.


Balik rumah selepas lepak, buka kabinet dapur utk simpan keropok.

Alangkah terkejutnya, Allah himpunkan insan2 yang penyayang dan berjiwa simpati rupanya dalam rumah ini.

stok 4 bulan i tell u.. pergh~

No comments: