Tuesday, September 23, 2014

sekoloh agama

hak ela sekolah agama, budak2 x brape nk cerdik..

yg jadi ustaz tu, sbb spm fail. ambik la jurusan agama, gi pondok.


takdir tuhan, ana xlepas pmr.

hantar sekolah agama,

Cikgu: maaf lah, sini kita belajar 21 subjek, kalau 7 subjek pun da x lepas, mmg x payah la sebaiknya.

#puashati

keropok kasih sayang

makan di kedai, lepak orang muda. semua bujang. ada bujang 4 ada bujang 3.

tetibe, tampil makcik, muka penuh simpati, menjual keropok.

tak byk bicara, beli je. rm10 je pun. setidak tidak nya dia tak minta sedekah, usaha jual keropok.

A: ko makan ke keropok tu?

Aku: tak pon, xsempat nak gorreng.

A: Kalau sempat pon pemalas. pfft

Aku: taw pon

A: habis tu nape beli?

Aku: syukur lah Allah lontar rasa kasih dan sayang, maka tercetus rasa simpati pada makcik tadi. tu pasal aku beli.

A: em em (angguk2, pejam mata, senyum separuh, sumbat rokok ke mulut)

kalau bunyi nada tazkirah skit, mula la diam tak minat ambik port.


Balik rumah selepas lepak, buka kabinet dapur utk simpan keropok.

Alangkah terkejutnya, Allah himpunkan insan2 yang penyayang dan berjiwa simpati rupanya dalam rumah ini.

stok 4 bulan i tell u.. pergh~

Monday, September 22, 2014

love is...

http://9gag.com/gag/a1ZbO6Y

Love is...

ups and down

If u have no up and down in life, u r as good as dead.

Saturday, September 20, 2014

Belajar dari cicak

cicak tak pernah mengomen / x mengadu / tak mengeluh

ia di darat sedangkan makanannye jenis yang terbang

kenapa tuhan buat begitu? susah la? tak masuk akal, aku darat, makanan jenis terbang? mustahil la nak makan. kalau dapat pon, nasib baik. ni makan, perkara buat tiap2 hari, 3x sehari

cicak tak mengeluh.

ianya kreatif mencari penyelesaian.
usaha tanpa banyak cakap.

strategi cicak? melekat di tempat tinggi.. diam. tunggu si makanan leka? ngap.. sepenuh tenaga, lompat, julurkn lidah. tangkap. 99% accuracy.

berjaya makan.
bahkan,boleh berak bukan main banyak lagi. jatuh atas almari, meja, makanan, pakaian..

kan?

Monday, September 15, 2014

susah sebelum senang

kita perlukan malam untuk nampak bintang

Saturday, September 6, 2014

suspendedn Coffee

anda pernah dengar cerita suspended coffee.

datang ke coffee, bayar utk 3 cup tapi ambil 1 cup je. 2 cup lagi utk org homeless atau sesape yg memerlukan utk minum. (mereka minum percuma)

di malaysia pun ada. suspended soya.

hanya di setiawangsa.

"aka nak soya, "

" yang ni ambik je dik, ade orang dah bayar, tinggal 10 gelas je lagi. ambik lla"

mekasih.

Wednesday, August 27, 2014

berapa lama boleh tahan

waktu mula pejabat, ada 8.30pagi, ada sembilan. jabatan kerajaan waktunya tetap, ada alat untuk ' punch card'. pantang lambat. ada tindakan.

jika urusan melintang, kawan tolong' punchkan'

amanahnya kita pada menepati sebelum jam 8pagi untuk punch card.

kerana ada sebab dan akibat. lebih lagi akibat secara langsung kepada diri.


cermin untuk:

betulkan yang senget
kemaskan yang selekeh
hiaskan yang suram
serikan yang muram
alat latihan bahasa badan
.dialog sorang-sorang
.
.
dan buat tengok kereta belakang.

kredit tu herman hari

Friday, August 15, 2014

parking kete, berkerumun parking dekat muke lorong sbb dekat dan senang nak balik awal.


org nak masuk susah, leceh


macam masjid. suke sangat masuk masjid duduk kat pintu. solat kt pintu tempt org lalu lalang.

luls

Saturday, July 12, 2014

game zaman kami bebudak (90's)

1. tudung botol

2. berambat duduk

3. polis entry

4. berambat tiang

5.main cop (katok belakang)

6. main pepsi cola (sepakkaki)

7. main pemadam, kalah rampas (judi gak r)

8. main bola kaki tigo

9. main makkoh guli

10. main bola katok (baseball)

11. main kemuncup (fight to the death)

12. tangkap belalang

13. bidas cicok

14. saidina (monopoli ni upgrade version)

15. video game

16. UNO

17. digimon

18. main nike (tikam/ judi gak ni)

19. main freeze

20. main nusuk

21. main perang (getah dan kertas dilipat jadi peluru)

22. main straw dan beras (sumpit)

23. picit kulit limau kat mata (pedajal org)

24. main batu selambut )seremban)

25. main titing

26. pukol berapa datuk harimau

27. berebut kerusi (kerusi berlagu)

28.

all in all, aku main daun terup
- speed
- royal
- colek

Saturday, July 5, 2014

be with the right people

Otw pegi masjid dari rumah bujang

bonceng moto, aku bawak, kawan menumpang. 4 minit nak sampai masjid, habis lagu halo die nyanyi

Otw balik rumah dari masjid

bonceng moto, aku bawak, kawan menumpang. 4 minit nak sampai rumah, x habis2 zikir die baca.

sometimes u need to be with the right people/right environment to have a right attittude.

pick up lines

how to get your moods going?

sometimes by fooling around with people close to you and sometimes by making sweet memories/cheering their day. well these are for you to cheerish the moments with your love one.


Anytime:

1.
Bapaknye: Awak ade nak ke mana hari ni?
Maknye: xde ke mana pun. kat rumah je
Bapaknye: xde ke mana?
Maknye: aah x ke mana
Bapaknye: Memang betol awaklah jodoh saya, sbb orang kata jodoh tak ke mana!

2.
May i take a picture with you? just to proof to my friends that angle do exist!

3.
Do you have a Bandaid? Cos I just scraped my knee falling for you 

4. nama u aida ke? sebab aida lama minat kat u

5. 
Awak gune gula untuk cuci muke eh? sebab awak nampak manis sangat.

6. 
Awe: Kalo aku jadi superhero, ce teko gapo aku jadi?
Minoh: Supereng, batmeng, ottromeng, ...?
Awe: Your man.

7.
Kalau lah cinta kene cukai, saya lah pembayar cukai tertinggi.

8.



Ramadan:

1.
Mat LutP: Dik, nak sup tulang satu
Adik manis: Tulang bahagian mana?
Mat LutP: tulang rusuk kiri saya.

2. Would u like to breakfast with me? because its sunnah to breakfast with a date

3.

thats all i could think of

Friday, June 20, 2014

siri kedai runcit dari fb - cont

Lokasi: food court, di kaunter bayaran,

Spesimen: Cashier, cantik muda remaja, ala nora danish tapi tinggi sikit, macam felixia tapi rendah sikit.


Hari isnin: lunch

Tema: tshirt putih round collar, jaket korea slim fit, jeans hampir rabak, wangian axe.

Aku perasan rambutnya biasa diikat tocang, hari ni dibiar lurus ke sebelah kiri. ayu menggoda.

"Cantik rambut arini " puji ku ikhlas.

senyum dia. manis pulak dengan lesung pipit. matanya tersipu malu, gembira pun ada.
[hatinya berbunga]
..............................................................................................................................................................
Hari Jumaat: lunch

Tema: Kopiah, Baju Melayu, Seluar slack, kain ridda di bahu kanan, wangian minyak atar

Aku perasan rambutnya diwarnakan sedikit merah dan perang. tersusun cantik dibahu kanannya.

"Cantik rambut arini" puji ku ikhlas.

Tetiba ku dibalas dengan mata bulat merenung, kening terangkat, mulut sedikit terbuka, pergerakannya terhenti.

"Apa? tak ada kerja lain. nak perli je reti. nyibok je. ingat aku tak nak pakai tudung? aku da beli taw, nak start pakai bulan puase ni. ape kau peduli!"
[hatinya membara]


axe effect!  pfftt..


Tuesday, June 17, 2014

masjid ramai vs masjid sikit orang

jika tuan bijak pandai, apa dia kalau

1. baaanyak - masjid x hidup

2. sikit siikit - masjid hidup tapi bilangan hadir sedikit, bilang jari

3. jarang jarang - masjid meriah, ramai org makmurkan

4. kadang kadang - masjid penuh! parking x cukup, melimpah

dan yang kadang2 ini berlaku kadang2 jugak iaitu

i. tajuk pasal cinta (terutama masjid dekat dengan kampus/kolej/universiti
ii. ustaz popular ex: UAI
iii. ustaz/artis popular + hensem/cantik ex: felixia yap
iv. makan free, kambing plak tu

Sunday, May 25, 2014

kereta di highway

Kalau setakat 120 140, xyah dok line kanan.

bmw ka, merc ka, porche ka, mcd ka, kfc ka

kalo motor pizza sekalipun, andai pecut 160 dan ke atas, silakan maintain lane kanan, sekian

Wednesday, May 14, 2014

Real education

aku rasa perlu diletak dalam silibus pgajian kolej ke ape kke.

ape itu insurans, cara buat loan, pengiraan income tax, pengiraan zakat,

sbb ini perkara wajib akan gune kot. bagi aku. tapi semua tu belajar sendiri, dari agen, dari keluarga, dari kawan2, baca tenet brochures etc

kan?

wealth managment/planner
financial education

Tuesday, May 6, 2014

tarbawi terburai) modified for troll tarbawi

duk dengan sama-sama ikhwah sembang bab BM perghhh kencang ribut taufan..
tapi..
sekali pak cik mak cik murabbi tawarkan anak dia/anak usrah dia..
diam terbisu terpaku..
sebab apa?
sebab baru nak pikir sal hafazan quran..
baru nak pikir sal hafazan hadis..
baru nak bukak buka tajwid balik..
baru nak belek balik nota-nota usrah..
fuh.
berpeluh.
.............................................................................................

aku rasa diam bisu bukan sebab igt hafazan apa bala.

tapi sebab anak makcik pakcik murabbi x putih, hidung x mancung tinggi x cukup sebagaimana neelofa, nora danish, wawa zainal dan rakan2 mereka. kami mahu yang cun! dan solehah!

yak bop tam

yak

yap

yeap

felixia yeap.

Things to ponder rokok haram ke sunat

hisap rokok haram? meh sini aku cambahkan pemikiran, kalo rasa da nak sewel, rosak akidah tu, bole blah dengan segera, bertaubat dan ape2 y ptot.

KENAPA korank kate rokok haram? sebab:

1.  membahayakan kesihatan
- apekah sekali sedut terus mati? tak, die kesan jangka masa panjang, 10/20/30/40 tahun.

** ok, kalo gitu gula adalah haram. sebab membahaykan kesihatan jangka masa panjang. 10/20/30/40 tahun

2. ade macam2 racun dalam rokok, ada tar bagai..
- ada beratus elemen dalam tu, boleh seacrh internet.

** korank makan burger/ nudget/ hotdog - dalam bende tu adalah bahan sisa ayam, lembu yang dikisar ex: tulang y melekat sisa isi/daging, organ dalaman. ia membahyakan kesihatan macam racun.
 lebih lagi sape yg makan mcd, kan james oliver da menang saman, bahan digune utk hasilkan daging mcd adalah gred utk hasilkn makanan utk binatang. x sesuai utk manusia

** korang makan fast food, junk food, jajan bagai, gule2, coklat.. semua ada perasa dan perisa, berbahaya, mana ade gune perasa asli pandan. semua tiruan bro.  so u all makan racun jus the same. x payah cerita la pasal msg, meggi, etc.

3. Haram sebab membazir?
- beli rokok yang mahal utk hisap, xde faedah, dah memudaratkan, bau busuk


** yang ni aku agak setuju sbb membazir, still korak pon membazir.. beli makanan, makan x habis, beli bunga api mercun, bakar, tgok api, 10 saaat. habis. xde faedah..

eh eh, mercun faedah die suke2, njoy, ilang stree.. bro, rokok pon same, ilang stress. nikotin kasi tenang, stabilkan pulse, otak jalan.


4. ape lagi?


things to ponder, rokok bahaya - mainly sebab kesihatan.

kalau gitu, gemuk aka OBES adalah HARAM sbb

- anda memudaratkan diri anda, sakit2, penyakit 3 serangkai, jantung darah tinggi kencing manis.
- anda menyusahkan diri, cepat penat, xleh wat keje,
- bazir, kene beli ubat, bazir masa cek doktor, beli plak suplemen


so, adakah anda sedang ponder sekarang?

Nujum Pak Belalang

Kisahnya macam mana?

verpen (versi pendek): pak belalang dan anaknya belalang, penipu, berlagak pandai nujum, orang kampung percaya, kemudian  jadi nujum negara kerana jumpa harta istana yang dicuri, dan berlawan dengan negara lain, menang. pon kerana nasib. akhir sekali, nujum menjadi  dengan izin Tuhan.

verpan (versi panjang): ambik popcorn, donlod kt torrent/buka kat youtube, tgok sendiri.

Menariknya, situasi pertandingan antara sultan vs sultan.
- pertaruhan sewenang-wenang nya adalah negara
- keputusan serta merta hanya berpandu pada thumb up dan angguk dari nujum negara
- sultan 100% harap pada nujum negara aka pak belalang. sama dengan sultan negara satu lagi

nampak? pemimpin yang lemah ditambah pula dikelilingi orang yang lemah, tiada integriti. lemah pengurusan, percaya tahyul (lemah agama), pengting diri (tiada integriti), suke hati hukum pancung dsb (kebal undang2), hidup mewah tp rakyat miskin kedana (pemimpin x turun masyarakat).

Menariknya, cerita P.Ramlee adalah banyak berkisar (membidas) suasana semasa masyarakat.

Negara sekarang, sign TPPA, apply GST --> atas nasihat orang sekeliling yang macam mana? keupayaan pemimpin yang baik? berintegriti? Larut dengan masyarakat/rakyat? andai sama dengan jalan cerita Nujum Pak Belalang, hati-hati la kita. jika baik dan berkeupayaan, bersyukur la kita.


banyak lagi bole kait, sinis P ramlee dalam cerita itu, lu orang tengok la sendiri.

Friday, May 2, 2014

takkan 1 tahun 1 post.. pfft

kamon kamon
(niat asal blog, nak simpan artikel2 best ataupun masterpiece-so called yg aq buat so aku boleh tengok developement, tapi skang cam nak tulis apa saja terlintas)

dan sape yang baca blog aku.. fuhh, fuhh,, berdebu..

tulis kat facebook macam x sesuai, sebab jadi public figure? pfft, plis la. stalker everywhere. deyymn.

Monday, January 27, 2014

Dota dan Tarbiyah 2

Ok, kita semua tahu fountain. Di mana kedudukan dia (base), apa fungsi dia = replenish mana dan hp (replenish rate is xx% of your mana n hp).

[ini fountain dalam dota lama]

[ini fountain dalam dota 2]

Soalan dia, bila kita berada di fountain dan bila kita kembali ke fountain?

kita kembali apabila rendah mana dan hp..
kadang-kadang apabila kita terdesak perlu naikkan hp dan mana segera
kadang-kadang bila musuh terlampau hebat, menyerang base kita lalu kita selamatkan diri dalam kawasan fountain.

gitulah juga dalam tarbiyah,

bila kuat bekerja,
hebat perlian, kutukan, kepoyoan menikam kita,
jenuh berhadap makhluk Tuhan yang pelbagai ragam

dan akhirnya kita kembali kepada program tarbiyah, kalau saya, fountain dota adalah usrah.

di sini kami menetapkan kembali hala tuju, menenangkan hati, senyum dan gelak bersama ''hero'' yang lain.
kini, usrah kami bukan wajib lama dan bedah kitab. cukup sekadar bertemu muka, menjelaskan balik fikrah dan halatuju, review kerja buat, sembang hal semasa dan update sesama member. ini mungkin usrah level 10.

ya dulu usrah level 1, perlu lama dan lutut bertemu lutut. kerana perlu pembinaan asas.

hero level 1, mungkin kerap balik fountain, lebih lagi kalau noob. balik fountian kadang kala bukan sebab rendah hp mana tapi sebab respawn!



biar lah, noob pon noob lah. asal terus berjuang, bukan leave atau disconnet!

p/s: dalam dota, confirm akan singgah fountain sepanjang game walau sekali, usah kelentong lah. usrah pon gitu, malas ke usrah, bajet hebat, lu tanggung risiko mampus wahai hero.